Nasional

Budiman, Umrah, DBP kerjasama laksana Histic 4.0 bincang isu teks historiografi Melayu dari pelbagai aspek

KESUSASTERAAN Melayu tradisi kaya dengan khazanah tetapi belum dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan peradaban dan antaranya  adalah teks historiografi Melayu.
Justeru, Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Fakulti Ilmu Keguruan dan Pendidikan, Universiti Maritm Raja Ali Haji (UMRAH) ,TanjongP inang, Kepulauan Riau Indonesia,  akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Historiografi Melayu (HISTIC) 4.0 pada 26 dan  30 September depan.
Beliau berkata persidangan yang mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu akan berlangsung di Universiti MaritIm Raja Ali Haji (UMRAH) bertemakan “Digitalisasi dan Transformasi Historiografi Melayu”.
“Persidangan ini membincangkan sub tema kepengarangan, kanon,budaya, tokoh, hubungan antarabangsa dan diplomatik, perbandingan, mitos dan sejarah, pengaruh agama, adaptasi, historiografi dalam teknologi maklumat dan komunikasi, serta bahasa dan seni,” katanya.
HISTIC 4.0 menyaksikan  ucaptama akan disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr.A. Malik dari UMRAH, Indonesia ; Prof. Dr. Abdul Halim Ali (UPSI, Malaysia) serta Prof. Madya Dr. Muhamasakree Manyunu,  dari University Fatoni of Thailand,  Thailand.
Menurut Prof Abdul Halim persidangan dua hari itu bertujuan membincangkan pelbagai aspek berkaitan karya historiografi Melayu untuk  kepentingan pembangunan peradaban Melayu masa hadapan, membentuk jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengembangkan potensi karya historiografi Melayu ke dalam bidang-bidang lain serta mengumpul ahli sarjana, pencinta sastera, bahasa dan sejarah dalam forum akademik untuk mengembangkan bidang ilmu kesusasteraan Melayu bagi kepentingan masa depan.

Persidangan dua tahun sekali berkenaan, katanya, dilaksanakan sejak tahun 2017 di Hotel Seri Malaysia Kuantan, Pahang diikuti dengan HISTIC 2.0 pada tahun 2019 dan HISTIC 3.0 pada tahun 2021 yang diadakan di UPSI.  – SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button