Nasional

Beri autonomi kepada sekolah laksana SOP

KEMENTERIAN Pendidikan diminta memberi kebenaran kepada sekolah bagi melaksanakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial sepenuhnya apabila dibuka pada 15 Julai nanti.

Kebenaran autonomi tersebut adalah berdasarkan keperluan kepada setiap sekolah yang berbeza jumlah murid, bilangan kakitangan dan bilik darjah.

Justeru, hal demikian akan memudahkan pentadbir sekolah membuat pengurusan yang melancarkan operasi serta sesi pembelajaran dalam kelas.

“Pihak sekolah dan guru sememangnya mematuhi SOP yang diberikan kementerian cuma bahagian tertentu diputuskan pengetua mengikut kesesuaian.

“Dari segi dasar juga tidak ada masalah bagi pentadbir sekolah untuk melaksanakannya malah bersedia untuk menerima kembali murid pada 15 Julai nanti.”

BACA > Ahli perniagaan hilang RM2.8 juta akibat Macau Scam — Suara Merdeka

Kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang yang mengulas lanjutan pelaksanaan SOP di sekolah ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Tambahnya, terdapat beberapa penambahbaikan akan dilakukan sekolah selaras dengan tiga model persekolahan yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

AMINUDDIN AWANG

Menurut Aminuddin, pelaksanaan terhadap murid Tingkatan Lima dan Enam menjadi penanda aras dalam menerima kemasukan semula murid yang perlu mematuhi SOP penjarakan sosial.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam situasi ‘normal baharu’.

“Kami sedang merancang strategi untuk melaksanakan SOP apabila kemasukan semula lebih ramai murid nanti.

“Kami juga memerlukan sokongan dan motivasi daripada mereka untuk meningkatkan kemahiran kerana terlalu banyak tumpuan kepada SOP diberikan.

BACA > Foto Najib bersama Azmin menyakitkan hati, kata Kadir Jasin — Suara Merdeka

“Jangan terlalu fokus memantau pelaksanaan tetapi bantu kami untuk meningkatkan kualiti PDP dalam situasi ‘normal baharu’,” jelasnya.

Hal berkenaan turut disokong Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md. Kechik, apabila memaklumkan pelaksanaan SOP menuntut kesabaran yang tinggi.

JASNI MD. KECHIK

“Guru-guru mengambil pendekatan yang kreatif bagi memastikan keselamatan dan kebersihan di sekolah terjaga.

“Dalam usaha meraikan kehadiran semula pelajar ke sekolah KGMMB yakin pentadbir dan guru membuat persiapan yang rapi mengikut SOP dikeluarkan oleh kementerian.

“Sebarang perubahan SOP KPM perlu sediakan secara bertulis bagi mengelakkan sekolah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan pembukaan sekolah dilaksanakan secara berperingkat.

BACA > Tangani segera isu pembelajaran melalui maya – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Ia bermula dengan kemasukan murid Tingkatan Empat selepas Lima dan Enam mula bersekolah dua minggu lalu. – SM

(Visited 331 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button