fbpx
Nasional

Ahli perniagaan hilang RM2.8 juta akibat Macau Scam

MODUS operandi yang sama dengan menyamar sebagai pegawai pos laju dan dan pegawai polis yang mendakwa mangsa terlibat aktiviti jenayah.

Tetapi masih ada yang tertipu dengan helah tersebut biarpun sudah banyak kali laporan mengenai sindiket penipuan Macau Scam ini disiarkan media.

Terbaharu, seorang lelaki berusia 50-an hilang RM2.8 juta selepas ditipu sindiket menggunakan modus operandi sama.

Difahamkan, lelaki itu yang bekerja sebagai ahli perniagaan telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai pos laju dari Ibu pejabat Pos Daya Bumi, Kuala Lumpur.

BACA> Macau Scam: Warga emas rugi RM3.8 juta

Pegawai itu memaklumkan kepada mangsa yang dia telah menerima satu bungkusan pos laju mengandungi dokumen kad pengenalan, kad kredit Maybank dan 10 salinan kad pengenalan mangsa.


Skrip sama kemudian berlangsung bila suspek memindahkan pula talian ke seorang lelaki yang mengaku sebagai Sarjan Yap dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak.

Alasan bagi memperdaya mangsa juga sama iaitu mengaitkan mangsa dengan kes jenayah disusuli dengan ugutan untuk menangkapnya.

Mangsa yang mula cemas telah mengikut arahan suspek untuk memindakan semua wang simpanannya ke dalam satu akaun lain bagi mengelak daripada ditangkap.

BACA> Kes aktif Covid-19 turun 81 orang, 97.7 peratus telah sembuh

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan mendedahkan maklumat peribadi serta akaun bank kepada sesiapa sahaja yang tidak dikenali,” katanya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button