Nasional

‘Kantoi’ jual alat ganti motosikal tiruan

SEORANG pengarah syarikat ditahan kerana menjual alat ganti motosikal tiruan di Kepong, Selangor hari ini.

Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya hasil maklumat dan risikan daripada wakil pemilik cap dagang.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, syarikat terbabit didapati mendapatkan bekalan alat ganti motosikal daripada pembekal di dalam dan luar negara.

alat ganti motosikal

“Syarikat tersebut menggunakan kaedah penjualan secara terus kepada orang perseorangan dan membuat pemasaran secara kendiri kepada ejen-ejen pembekal alat ganti motosikal dari pelbagai tempat.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan ke atas premis tersebut menemukan pelbagai alat ganti motosikal disyaki tiruan antaranya cermin sisi, timing chain, karburator dan clutch,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Iskandar Halim, kesemua barangan tersebut telah dirampas dan seorang suspek tempatan yang mengaku sebagai pengarah syarikat telah diambil keterangan.

Jelasnya, kesemua barangan yang dirampas dianggarkan berjumlah RM34,587

BACA> Ahli perniagaan hilang RM2.8 juta akibat Macau Scam

“Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” ujarnya.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak memilih barangan berjenama di pasaran agar tidak terpedaya dengan taktik sesetengah peniaga yang tidak beretika dan cuba mengambil keuntungan yang mudah.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan barangan tiruan boleh menghubungi talian hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau hadir ke pejabat KPDNHEP yang berhampiran. -SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button