Politik

Beri diskaun tambahan pada bil elektrik

KERAJAAN digesa memberi diskaun tambahan kepada rakyat bagi menjelaskan bayaran bil elektrik ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pemberian tersebut adalah wajar sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan bacaan anggaran.

Kaedah bacaan tersebut dibuat TNB atas alasan tidak boleh membuat bacaan meter dalam tempoh PKP.

Hal demikian menyebabkan bacaan meningkat berbanding kebiasaan walaupun pengguna berada di rumah sepanjang tempoh PKP.

Namun, terdapat juga mereka yang berhadapan kenaikan mendadak berbanding biasa walaupun sebelum ini memang bekerja dari rumah atau secara bebas.

BACA > TNB nafi dakwaan pengerusinya terima elaun tinggi — Suara Merdeka

“Penduduk bandar, luar bandar dan kampung merungut setiap hari apabila melihat bil yang naik mendadak seolah-olah pemberian diskaun hanya seperti melepaskan batuk di tangga.

“Isu ini bukan sahaja menekan golongan B40, namun kebanyakkan yang merasa tekanan adalah dari kalangan M40.

“Lebih-lebih lagi terdapat ramai dari kalangan M40 yang turut terkesan pendapatannya hingga mula resah bagi  menanggung perbelanjaan keluarga masing-masing.”

NASRUL ALI HASAN ABDUL LATIF

Demikian gesaan Ketua Wira Pergerakan Wira Putra, Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berhubung isu kenaikan bil TNB yang disifatkannya sebagai tidak normal.

Justeru, beliau turut menggesa Menteri Tenaga dan Sumber Asli supaya bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mencadangkan peruntukan tambahan.

BACA > Yayasan Bank Rakyat bantu pelajar tidak berkemampuan — Suara Merdeka

Menurutnya, peruntukan tersebut adalah bagi menampung pemberian diskaun tambahan kepada pengguna.

“Wira Putra menggesa agar isu ini diberi perhatian terus oleh Perdana Menteri.

“TNB seolah-olah menjadi mangsa dalam isu ini sedangkan kerajaan boleh mengwujudkan inisiatif lain bagi membendung isu ini.

“Sepanjang tempoh ini TNB telah menjana pendapatan yang baik buat negara dan seeloknya pada ketika ini Perdana Menteri memudahcarakan dengan menambah peruntukkan bagi dimanfaatkan rakyat di negara ini,” jelasnya.

Terdahulu, tular dalam media perdana dan sosial berkenaan peningkatan mendadak bil elektrik yang dihadapi pengguna akibat PKP.

BACA > Berinteraksi dengan Muhyiddin melalui sidang video — Suara Merdeka

Hal demikian dipercayai disebabkan oleh TNB yang tidan membenarkan pekerjanya untuk membuat bacaan dari rumah ke rumah. – SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button