Ekonomi

Tiada kenaikan tarif elektrik untuk isi rumah sehingga 2025

PETALING JAYA: Tiada kenaikan caj elektrik untuk pengguna kediaman di semenanjung sehingga 31 Dis 2024, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan hari ini.

Ini susulan spekulasi bahawa kadar tarif baharu akan dilaksanakan mulai 1 Feb.

Suruhanjaya Tenaga berkata pengguna domestik di semenanjung juga akan menerima rebat 2 sen setiap kWj tanpa surcaj dikenakan mulai 1 Feb hingga 30 Jun.

Bagaimanapun surcaj sebanyak 3.7 sen/kWj akan dikenakan kepada semua pengguna bukan domestik, seperti syarikat komersial dan perindustrian.

Suruhanjaya Tenaga berkata kos elektrik telah meningkat sebanyak 45% kerana harga arang batu yang lebih tinggi, di mana semenanjung sangat bergantung.

Ia berkata kerajaan telah memperuntukkan RM715 juta daripada Tabung Industri Elektrik untuk menampung kos rebat penuh dan surcaj untuk semua pengguna domestik.

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button