NasionalNegeri

Belanjawan 2024: Perlis peruntuk RM293.92 juta

BELANJAWAN Tahun 2024 menyaksikan Perlis memperuntukkan RM293.92 juta bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan di negeri ini supaya lebih berdaya maju, prihatin, bersih dan stabil ke arah Negeri Bandaraya menjelang 2030.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ia seiring dengan tema Belanjawan Tahun 2024 iaitu “Melestari Ekonomi Negeri Demi Kesejahteraan Rakyat”.

Mohd Shukri bersama barisan exconya semasa pembentangan Belanjawan 2024 Perlis dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di Kangar hari ini. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

“Ia juga merupakan belanjawan yang terbesar pernah dibentangkan di dewan yang mulia ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Perlis dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di Kangar hari ini.

Mohd Shukri berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM184.64 juta atau 62.82 peratus disediakan di bawah perbelanjaan mengurus manakala RM109.27 juta atau 37.18 peratus pula di bawah perbelanjaan pembangunan.

Katanya, bagi memastikan pelaksanaan Belanjawan Tahun 2024 ini dapat direalisasikan, Kerajaan Negeri akan memberi penekanan kepada tiga fokus.

“Fokus pertama adalah meningkatkan sosio ekonomi rakyat, kedua pengukuhan ekonomi yang mampan dan ketiga pemerkasaan sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Mohd Shukri berkata, perbelanjaan mengurus tahun 2024 juga meningkat sebanyak RM4.23 juta atau 2.34 peratus berbanding tahun 2023.

“Daripada jumlah yang diperuntukkan sebanyak RM63.62 juta disediakan untuk bayaran Emolumen, RM79.93 juta disediakan bagi menampung perbelanjaan Perkhidmatan dan Bekalan, RM36.47 juta disediakan di bawah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM4.62 juta ringgit pula disediakan untuk tujuan Aset serta Lain-lain perbelajaan.

“Bagi peruntukan pembangunan berjumlah RM109.27 juta yang disediakan, sebanyak 56.84 peratus daripada peruntukan ini adalah dibiayai melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan projek peningkatan prasarana untuk kemudahan rakyat.

Katanya, bagi tujuan memenuhi keperluan pembangunan semua sektor, peruntukan pembangunan bagi tahun 2024 akan diagihkan kepada enam Agensi Pelaksana yang utama.

“Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebanyak RM72.81 juta, Jabatan Kerja Raya (JKR) sebanyak RM19.05 juta; Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak RM8.67 juta; Jabatan Perhutanan sebanyak RM4.09 juta; Jabatan Pertanian RM3.71 juta ringgit; dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM0.94 juta. – SM

BACA Imam sifatkan elaun khas tanda prihatin Kerajaan Perpaduan

BACA Guru KAFA sifatkan insentif Belanjawan 2023 bukti jasa dihargai

(Visited 44 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button