Ekonomi

Bank Rakyat tawar kadar keuntungan pembiayaan Peribadi-i serendah 2.69 peratus setahun sempena ulang tahun ke-69

BANK RAKYAT menawarkan kadar keuntungan serendah 2.69 peratus setahun menerusi langganan produk Pembiayaan Peribadi-i yang menawarkan amaun pembiayaan sehingga RM400,000 bermula 4 September sehingga 31 Disember 2023 sempena ulang tahunnya yang ke-69.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman, penganjuran kempen ini bukan sahaja dapat membantu pelanggan merancang kewangan dengan bijak menerusi tawaran produk dan pembiayaan yang disediakan, malah sebagai tanda keprihatinan dan ihsan terhadap kesejahteraan pelanggannya, sekali gus menghargai keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan Bank berkenaan selama ini, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Bank Rakyat
Pembiayaan Peribadi-i Khas

Bank Rakyat turut menawarkan kempen Pembiayaan Peribadi-i Khas pada 15 Mei hingga 31 Oktober 2023 untuk sektor syarikat berkaitan kerajaan (GLC), anak syarikat, swasta dan profesional dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM150,000 termasuk baucar HABIB Jewels bernilai RM5,000 kepada lima orang pemenang setiap bulan.

Pembiayaan Kenderaan-i: Kenderaan Elektrik

Bank Rakyat juga menawarkan tawaran khas bagi pembelian kenderaan elektrik melalui produk Pembiayaan Kenderaan-i dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 termasuk baucar pengecas kereta elektrik bernilai RM5,000 kepada 20 orang pemenang bermula pada 12 Jun sehingga 31 Disember 2023.

Kad Kredit-i

Pada 1 September hingga 30 November 2023, pelanggan juga boleh menikmati tawaran menarik menerusi Kad Kredit-i Bank Rakyat seperti pulangan tunai dengan pembelian emas dan barangan kemas minimum RM3,000 dengan hadiah keseluruhan RM69,000 kepada 69 orang pemenang.

Kempen Kad Kredit-i Bank Rakyat turut menawarkan pulangan tunai sebanyak lima peratus menerusi promosi Jom Makan-Makan September bagi pelanggan yang berbelanja menggunakan Kad Kredit-i Bank Rakyat dengan minimum transaksi RM30 sama ada makan di mana-mana restoran atau memesan makanan secara dalam talian. Tawaran ini bermula pada 15 September sehingga 15 Oktober 2023 dan terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat dengan jumlah had pulangan tunai sehingga RM100,000.

Pembiayaan Sewa Beli Komersial-i

Sementara itu, pelanggan bukan individu seperti syarikat atau perniagaan turut tidak terkecuali untuk menikmati tawaran menerusi Pembiayaan Sewa Beli Komersial-i Bank Rakyat bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2023. Pelanggan yang membuat sebarang pembelian kenderaan Nissan dalam tempoh kempen melalui Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. dan pengedarnya yang sah berpeluang menikmati pulangan tunai berjumlah keseluruhan RM50,000 sebanyak RM1,000 untuk 50 orang pemenang.

Antara kenderaan komersial yang dipamerkan di perkarangan Menara Kembar Bank Rakyat sebentar tadi.
Akaun Simpanan-i Nuri

Sempena ulang tahun kali ini juga, Bank Rakyat turut menganjurkan Karnival Nuri Madani 2023 di enam buah lokasi seperti berikut:

1. SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor 9 September 2023
2. SMK Raja Tun Uda, Bayan Baru, Pulau Pinang 23 September 2023
3. SMK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur 7 Oktober 2023
4. SMK Sultan Yahya Petra, Kuala Krai, Kelantan 14 Oktober 2023
5. SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak 21 Oktober 2023
6. SMK Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan 28 Oktober 2023

Pelbagai aktiviti menarik bagi memupuk semangat perpaduan Madani telah dirangka seperti Nuri Teenpreneurship, Sesi Bual Bicara Madani, perlawanan bola sepak, bola jaring, e-sukan, pancaragam dan pertandingan memasak.

“Program yang diadakan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Bank Rakyat untuk mendekatkan diri dengan masyarakat,” tambah Dr. Mohammad Hanis.

Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Bank Rakyat boleh melayari laman web rasmi di www.bankrakyat.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454 atau mengunjungi cawangan yang berhampiran. – SM

Artikel berkaitan > Keluhan berakhir, Bank Rakyat sediakan ATM untuk warga Air Kuning

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button