Rencana

Azrul Fazrin berlatih 5 jam sehari raih juara kejohanan memanah tradisional

PESERTA Kejohanan Memanah Tradisional Terbuka Lelaki, Azrul Fazrin Faziddin, 32, menjalani latihan lima jam sehari untuk membolehkan dirinya meraih kejuaraan dengan mata terkumpul 299 mata sekali gus meraih hadiah wang tunai RM500 dan medal.

Azrul Fazrin yang juga pekerja syarikat telekomunikasi dilatih oleh gurunya, Azam Masta untuk mewakili pasukan Fletcha Archery dari Kuala Lumpur sehingga beroleh kemenangan sebagai juara untuk kali pertama bagi dirinya.

Azrul Fazrin (tengah) , Said Hawa (kanan) dan Muhammad Faiz Jafni (kiri) menerima hadiah yang disampaikan oleh Kamarul Beharim.

“Sebelum bertanding saya banyak bertanya jurulatih dan berlatih dengan kawan memanah sampai dapat minimum skor yang kami sasarkan, malah banyak bertanya tips-tips dengan pemanah-pemanah yang sudah berpengalaman,” kata bapa kepada dua orang anak.

Katanya, seperti tidak percaya kerana ramai pemanah-pemanah yang hebat tetapi yakin sudah ditakdir memihak pada dirinya.
Tempat kedua dimenangi Said Hawa Mohd Salleh (291 mata) mewakili pasukan Darul Jariyah Archery Club yang memenangi hadiah wang tunai RM300, manakala tempat ketiga dimenangi Muhammad Faiz Jafni Ahmad Faudzi ( 278 mata) yang membawa pulang wang tunai RM100 berserta medal.

Hj Rosli Ahmad

Hadiah disampaikan Pengerusi KRT Behrang 2020 , Kamarul Beharim Lasa.

Seramai 78 peserta dari seluruh negara akan bertarung dan memperlihatkan kemahiran masing-masing sempena yang akan berlangsung Ahad ini.

Pengarah program, Fauzi Ghani berkata program kejohanan memanah yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu Behrang 2020 (SKBBB2020) itu adalah julung-julung kalinya diadakan anjuran Masjid Al-Hidayah dengan kerjasama Kelab Memanah Muallim.

“Ini penganjuran kali pertama oleh Masjid Al-Hidayah dan kami tidak menjangka mendapat sambutan yang memberangsangkan dari seluruh negara selepas dua hari dibuka penyertaan, “ katanya.

Fauzi Ghani

Pengerusi Masjid Al-Hidayah, Hj Rosli Ahmad berkata kejohanan yang bermula jam 8.30 pagi dan tamat jam 2.00 petang itu diadakan bertujuan untuk memperkenal dan menghidupkan sukan memanah iaitu sukan yang menjadi sunnah Rasulullah.

Pemanah melihat kedudukan panahan mereka.

Dalam ucapannya, Rosli berkata berikutan sambutan yang menggalakkan , tahun depan dijangka lebih ramai lagi penyertaan akan dibuka dan diadakan peringkat nasional.

Katanya, Masjid Al-Hidayah antara masjid di Daerah Muallim yang aktif menggerakkan pelbagai program untuk ahli anak-anak kariah seperti keceriaan sekitar masjid, jamuan raya dan pernah memenangi tempat pertama Pengurusan Masjid Terbaik (2014) , Penarafan Masjid Bestari Negeri Perak (Lima Bintang-2020), Tempat Wuduk dan Tandas (Gred A-2019) dan Penarafan Pengurusan Masjid Terbaik (2015) serta Anugerah Masjid Quba ( Pengurusan Masjid Terbaik) sempena Sambutan Maal Hijrah 2023. -SM

Disediakan oleh:

Prof Madya DR Ghazali Din
AJK Publisiti dan Media
Pertandingan Memanah Tradisional Lelaki
Mashid Al-Hidayah
019-2792143

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button