Bola SepakSukan

Arteta raih kemenangan pertama, United jadi mangsa

MIKEL Arteta mencatatkan kemenangan pertama selepas dilantik menjadi pengurus Arsenal dengan penguasaan pada separuh masa pertama mengatasi Manchester United.

Jika dikatakan ini merupakan permulaan untuk mengembalikan semula kejayaan masa lalu, maka sekurang-kurangnya satu permulaan buat Arsenal. Langkah permulaan ke arah yang betul.

Arsenal memulakan sepak mula dengan kedudukan di tangga 13, hanya empat mata di atas zon penyingkiran. Semua orang tahu jika satu lagi kekalangan di gelanggang sendiri bermakna menjadikannya empat berturut-turut – bakal menjadi yang terburuk dalam rekod kelab itu.

Arteta telah meminta penyokong supaya tidak melihat kedudukan pasukan dalam jadual, tetapi lebih melihat kepada persembahan. Tetapi ia jelas kemuraman semakin berkurangan sekarang, apabila pasukan kembali berada dalam kelompok separuh teratas.

Lagi pula prestasi yang ditunjukkan pada perlawanan awal pagi tadi adalah baik walaupun berhadapan dengan Unites yang datang tanpa naluri menyerang.

Arsenal sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol pada separuh masa pertama. Tetapi hanya gol daripada Nicolas Pepe dan Sokratis yang memberikan kelebihan untuk mereka bertahan selepas rehat.

United tiba di Emirate dengan prestasi yang baik, keyakinan mereka meningkat dan itu merupakan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan Chelsea di tangga keemapat yang hanya seri dengan Brighton.

Perlawanan itu kelihatan mampu memihak kepada mereka, dengan serangan balas menjadi kunci terhadap pasukan yang dominan di barisan hadapan, namun ia tidak menjadi.

Malah di separuh masa kedua mereka menguasai permainan, tetapi bergelut untuk mencipta peluang.

Arteta menuntut supaya pasukannya lebih kemas dan mereka bermula positif, sama seperti ketika menentang Chelsea pada Ahad.

Lagi sekali mereka mendahului di awal perlawanan dan merupakan detik bermakna kepada Pepe, pemain bernilai 72 juta pound yang melakukan rembatan jarak hasil hantaran lintang Sead Kolasinac.

United dakwa Kolasinac offside, ketika menerima hantaran daripada Pierre-Emerick Aubameyang. VAR bagaimanapun mengesahkan gol itu sah. Gol kelima Pepe untuk musim ini, apabila melepaskan rembatan kaki kiri melepasi David De Gea.

Arteta berkata, dia bimbang bagaimana keputusan perlawanan itu akan memberi kesan kepada Arsenal.
Tidak lama selepas itu Pepe bertindak pantas mengtasi Luke Shaw, dan hantaran lintangnya disambar melalui sepakan gunting Aubameyang, tetapi melepasi palang gol.

Solskjær nekad untuk menumpukan kepada pemain yang dimilikinya, tetapi malangnya Paul Pogba tidak dapat beraksi kerana kecederaan kaki.

Pada separuh masa pertama Arsenal yang lebih menonjol, dengan United kelihatan pasif dan kurang kreativiti di kawasan tengah.

Satu-satunya helah mereka ialah memastikan bola segera dihantar ke hadapan dan cuba menggunakan kelajuan pemain untuk mengatasi pertahanan Arsenal, Tetapi tidak menjadi. Mudah dibaca.

Satu-satunya peluang United sebelum rehat adalah tandukan oleh Harry Maguire pada miinit 45 hasil sepakan percuma Fred. Tetapi terus ke dakapan Bernd Leno.

Arsenal melebarkan kelebihan kepada 2-0 selepas kesilapan pertahanan United hasil sepakan sudut oleh Pepe. Marcus Rashford hanya terpacak kaku ketika Alexandre Lacazette melakukan cubaan di tepi tiang gol. Walaupun dapat diselamatkan oleh De Gea, bola terkena Lindelöf dan Sokratis Papastathopoulos merembat terus ke gawang.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button