Nasional

Ibu bapa dakwa diarah beli kerusi meja sekolah?

NAMPAKNYA buat pertama kali kita mendengar ada ibu bapa diminta oleh pihak pengurusan sekolah menyediakan kerusi berikutan kemudahan tersebut tidak mencukupi sempena pembukaan sesi persekolahan yang bermula hari ini.

Perkara itu yang tular di media sosial baru-baru ini dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Batu Berendam, Melaka yang menerima arahan untuk membeli kelengkapan itu supaya diterima masuk oleh pihak pengurusan sekolah.

Perkara itu mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka yang memandang serius mengenai isu kekurangan kerusi dan meja di sekolah negeri itu.

Menurut laporan Harian Metro, pengarahnya JPN negeri, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, pihak sekolah tidak boleh dan tidak dibenarkan mengeluarkan arahan supaya ibu bapa membeli kerusi dan meja bagi anak mereka berada di sesebuah sekolah.

“Sekolah sebenarnya sudah ada data jumlah murid pada peringkat awal (November 2019) bagi membuat persiapan dan tindakan berhubung jumlah kerusi dan meja.

“Bagaimanapun, ada situasi yang berlaku apabila ada pertambahan murid sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sesi persekolahan baharu atas permohonan ibu bapa dan JPN akan mengambil tindakan serius berhubung isu berkenaan,” katanya yang baharu saja mengambil alih jawatan itu pada 30 Disember lepas.

Sementara itu, seorang penjaga murid yang enggan dikenali memberitahu sudah membeli kelengkapan itu demi persediaan persekolahan anaknya atas arahan sekolah berkenaan tetapi tidak mahu mengulas lanjut. – SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button