Bola SepakSukan

Keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL): Leicester 1-0 Liverpool

Ademola Lookman mengejutkan The Reds manakala Mohamed Salah pula terlepas sepakan penalti

LIVERPOOL tewas mengejut 0-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu di Stadium King Power dan masih ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Liverpool, yang tewas buat kali pertama sepanjang 28 perlawanan dalam kesemua kejohanan musim ini, perlu akur dengan kekalahan itu selepas Mohamed Salah mensia-siakan sepakan penalti dan Sadio Mane pula melepaskan peluang keemasan ketika kedudukan masih terikat 0-0.

Bekas pemain Everton, Ademola Lookman, kemudian menjaringkan gol kemenangan tuan rumah dalam babak kedua, hanya tiga minit selepas dimasukkan daripada bangku pemain simpanan, untuk Leicester merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas Liverpool dalam saingan liga.

The Reds jelas merupakan pasukan yang lebih menguasai permainan tetapi Klopp mengakui mereka agak longgar di beberapa bahagian sehingga terpaksa menelan kekalahan dalam perlawanan terakhir tahun ini. “Ia adalah permainan yang sangat pelik dan kami tidak bermain dengan cukup baik.” kata Klopp.

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button