fbpx
Sukan

Harry Kane buru gol ke 200 di EPL

HARRY Kane nampaknya mula mempamerkan ketajaman permainannya selepas meledakkan satu gol bersama pasukannya Tottenham Hotspur ketika menentang West Ham United pada awal pagi tadi.

Malah, Kane kini dalam misi untuk mengejar gol nya yang ke 200 dalam Liga Premier Inggeris sekaligus menepis kenyataan bekas pemain England dan personaliti sukan Paul Merson berkenaan kemampuan pemain itu.

Merson yang juga lagenda kelab Arsenal sebelum ini mendakwa kemampuan Kane akan menurun kerana terpaksa mengikut corak permainan jurulatih Jose Mourinho yang sekaligus menyinggung perasaannya.

Hingga kini, Kane sudah menjaringkan 137 gol dan hanya ada dua pemain yang mampu menjaringkan 200 gol dalam liga premier iaitu Alan Shearer sebanyak 260 gol dan Wayne Rooney (208) gol.

“Saya masih berusia 26 tahun dan mudah-mudahan gol ke 200 itu akan diperoleh secepat yang mungkin.

BACA> Novak Djokovic, isteri positif Covid-19 – Suara Merdeka

“Kesemua gol itu saya jaringkan dalam 200 perlawanan liga. Masa berlalu dengan pantas dan saya perlu menggunakan peluang yang ada (menjaringkan gol) dengan sebaiknya,” katanya seperti dilaporkan bbc.com.

Jaringan terakhir Kane ialah pada bulan Disember sebelum dia cedera dia bahagian kaki hingga memerlukannya berehat selama enam bulan.

Sementara itu, Mourinho pula memberi pujian terhadap Kane dan menyifatkan pemain itu sudah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan momentum terbaik dalam permainannya.

Pada perlawanan semalam, Tottenham Hotspur berjaya mendapat mata penuh selepas memperoleh dua gol menerusi gol sendiri oleh pemain West Ham, Tomas Soucek dan gol Harry Kane

Separuh masa pertama menyaksikan Spurs mendapatkan gol pertama menerusi sepakan Song Heung Min namun dibatalkan selepas disahkan offside menerusi vide assisten referee (VAR).

BACA> Mayat warga emas ditimbus tanah separuh badan – Suara Merdeka

Namun. pada minit ke 64 separuh masa kedua, West Ham membuat kesilapan selepas pemainnya, Tomas Soucek menjaringkan gol sendiri.

Kane kemudian menysul dengan gol kedua bagi Spurs pada minit ke 82 sekaligus menutup perlawanan itu dengan kemenangan 2-0.

Menerusi perlawanan itu, skuad Mourinho itu naik ke tangga ke tujuh dengan 45 mata manakala West Ham berada di tangga ke 17 dengan 27 mata. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button