Nasional

Ada peluang pekerjaan kepada lepasan universiti- Majikan

KARNIVAL Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mengumpulkan pelbagai jenis majikan yang menawarkan pelbagai jenis peluang pekerjaan.

Kebanyakan majikan tidak kisah jika pemohon terdiri daripada mereka yang berpengalaman atau lepasan universiti.

Apa yang penting, pemohon bersedia untuk belajar perkara baharu dan mempunyai komitmen dalam bekerja.

PROLINTAS Group

Menurut seorang Assistant Manager Recruitment PROLINTAS Group of company, Norzielawati, 40, mengatakan bahawa syarikat mereka mencari pemohon yang boleh menyelesaikan masalah dan boleh menguruskan pelanggan.

“Kami memerlukan mereka yang boleh berurusan dengan pelanggan dan pengguna lebuh raya.

“Kami juga memerlukan mereka yang sangat positif, sanggup bekerja dan tidak berkira. Kami juga memerlukan pemohon yang mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh syarikat,” katanya.

Menurut seorang Human Resource (HR) Manager NXP Malaysia Sdn. Bhd. En.Joef Jay Jay bin johari, 39, syarikat NXP menawarkan jawatan kepada pemohon daripada peringkat PMR/SPM atau setaraf, sijil dan diploma yang bukan jurusan teknikal.

“Lepasan universiti dan mempunyai pengalaman bekerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan syarikat kami, yang paling penting mereka memenuhi kriteria kelulusan SPM dan lulus temu duga.

“Pemohon juga perlu mempunyai ciri yang sentiasa bersiap sedia untuk belajar perkara baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Assistant Manager Ayamas, Aishah Mohamed, 40, berkata, syarikat Ayamas membuka peluang pekerjaan kepada semua pemohon tidak kira latar belakang pendidikan pemohon.

“Kami tidak kisah tahap pendidikan sama ada diploma atau ijazah dan kalau ada pengalaman bekerja, kami akan terus ambil bekerja.

“Kami juga menyediakan latihan kepada pemohon yang bukan daripada bidang Food and Beverage (F&B). Selepas itu kita akan hantar ke cawangan yang dikehendaki,” katanya.

Jangan lepaskan peluang terbuka ini untuk mencari kerja. Datanglah beramai – ramai ke Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia ini. – SM

(Visited 400 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button