AgamaNasionalNegeri

Pendidikan harus bermula peringkat awal – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pembentukan dan pendidikan masyarakat harus bermula di peringkat awal agar menjadi sebati dalam kehidupan rakyat.

Titah Baginda, dalam usaha membentuk generasi masa depan yang bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan, usaha memantapkan pendidikan formal dan tidak formal perlu sentiasa diberikan penekanan oleh segenap pihak.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk tujuan pelaksanaan Tadika Islam Perlis (TIPs) di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) yang diadakan di Istana Arau.

Pihak JAIPs menguruskan sebanyak 15 buah Tadika Islam Perlis yang memberikan pendidikan formal kepada kanak-kanak sebelum usia persekolahan rasmi.

Dalam hubungan itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, MAIPs sentiasa memberikan perhatian kepada perkembangan pendidikan Islam di Perlis khususnya melalui peruntukan kewangan kepada JAIPs bagi menguruskan pendidikan secara tersusun dan berfokus.

Selain peringkat pendidikan awal kanak-kanak melalui Tadika Islam Perlis, MAIPs turut memperuntukkan sumbangan kepada Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs), Projek Rintis Sekolah Integrasi Perlis (SIP) selain peruntukan sumbangan melalui institusi pendidikan Islam di seluruh Perlis. – SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button