fbpx
Nasional

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 785 orang

JUMLAH mangsa banjir di Sabah semakin meningkat malam ini apabila 785 mangsa daripada 256 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah setakat jam 8.30 malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 279 mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di dua PPS di Kota Belud dan 396 mangsa daripada 126 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Tenom.

“Selain itu seramai 72 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar dan 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Penampang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan sebanyak 61 kampung di empat daerah iaitu Kota Belud, Penampang, Papar dan Tenom terlibat dalam pemindahan ke PPS.

Sebanyak 43 kampung lagi di daerah Tuaran, Putatan, Beaufort, Keningau, Pitas dan Kota Marudu yang terjejas masih lagi belum membuka PPS dan pemantauan sedang dijalankan oleh agensi yang terlibat. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button