Nasional

Hargai jasa agensi kerajaan UPSI agih bubur lambuk

BERGOTONG-ROYONG memasak bubur lambuk dan seterusnya mengedar kepada agensi kerajaan antara inisiatif Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena Iftar Ramadan.

Program melibatkan mahasiswa dan kakitangan FBK itu turut dihadiri ADUN Slim, Mohd Zaidi Aziz serta Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Md Amin berkata program sebegitu bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara kakitangan, malah menghargai sumbangan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keselamatan dan keamanan sejagat.

“Anggota keselamatan banyak membantu UPSI terutamanya membabitkan membantu mangsa banjir dan pelbagai program kesukarelawanan,” katanya.

Sementara itu, Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura@Mastura Mohamed berkata  hasil gotong royong itu, mereka mengedarkan 500 pek bubur lambuk  kepada pelajar dan kakitangan UPSI, serta agensi kerajaan seperti PDRM dan JBPM.

“Menerusi program ini kita dapat merapatkan hubungan antara UPSI dengan agensi kerajaan yang banyak berbakti kepada masyarakat dan khususnya UPSI,” katanya.

Beliau berkata program itu turut dibantu oleh barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta pelajar dari persatuan di bawah FBK. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button