Wee Ka Siong kata MCA tak pernah bantah tulisan Jawi
MCA tidak pernah membantah tulisan jawi malah berpendirian tulisan itu dan khat merupakan satu khazanah serta seni warisan.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, MCA sendiri turut menggalakkan orang untuk mempelajari tulisan Jawi.
“Pendirian MCA tidak pernah membantah tulisan jawi sebagai satu seni warisan ataupun satu tulisan yang dihayati. Kita galakkan kalau orang Cina boleh mempelajarinya, orang Melayu boleh mempelajari kaligrafi Cina.
“Kenapa tidak kita galakkan bangsa lain mempelajari kaligrafi masing-masing, tidak ada masalah tetapi dalam konteks menghayati, atau digalakkan sebagai kokurikulum atau dimasukkan sebagai penghayatan dalam seni visual, pendidikan seni tidak menjadi masalah bagi kita,” katanya dalam satu sidang media di Bilik Gerakan MCA, di Pekan Nanas malam tadi.
Beliau mengulas status oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Plihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang membidas Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng tetapi salah satu perkara yang telah dilaporkan oleh portal mengatakan MCA membantah tulisan jawi.
Kata Ka Siong, laporan itu dibuar di luar kontek sebenar yang mengelirukan rakyat.
Sedangkan katanya, isu membantah tulisan Jawi itu dibawa oleh DAP pada satu mesyuarat bertarikh 26 Julai.