Nasional

Kementerian Kesihatan akan putuskan sama ada PKP dilanjutkan

BELUM ada keputusan sama ada Parintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masuk fasa kedua sekarang akan dilanjutkan.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mengenainya akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan, bergantung kepada wabak Covid-19.

Ismail Sabri Yaakob

Bagaimanapun katanya, kerajaan ambil maklum angka Covid-19 kini mula mendatar.

“Jika rakyat patuh dengan PKP dan lain-lain arahan pihak berkuasa, saya percaya angka ini akan terus datar dan kita akan melihat penurunan.

“Tetapi, mesti mesti patuh sepenuhnya sebelum ini boleh berlaku. Biar Kementerian Kesihatan buat keputusan sama ada arahan ini perlu dilanjutkan,” katanya hari ini.

Kerajaan telah melaksanakan PKP di seluruh negara sejak 18 Mac bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dan ia telah dilanjutkan hingga 14 April.

BACA

Ismail Sabri turut mengingatkan orang ramai yang baru pulang dari luar negara wajib dikuarantin bermula 3 Aprtil.

Katanya, ini membabitkan mereka yang masuk ke negara ini melalui semua pintu masuk termasuk bukan warga negara.

Katanya, selepas pemeriksaan imigresen, mereka yang masuk ke negara ini atau yang pulang akan dibawa dengan bas ke pusat kuarantin dan akan berada di sana selama 14 hari.

“Sesiapa sahaja yang masuk ke Malaysia sama ada melalui Johor Bahru atau pintu masuk di utara atau di Sabah dan Sarawak akan dikuarantin,” jelasnya.

Beliau memberi jaminan kebajikan mereka akan dijaga sepanjang tempoh kurantin itu.

“Pasukan petugas khas telah dibentuk di pusat-pusat untuk melihat kebajikan mereka yang kena kuarantin seperti makanan dan lain-lain keperluan.

“Ketika di sana peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara akan dilaksanakan,” katanya.

Setakat ini rakyat Malaysiai yang terkandas di luar negara telah turut dibawa pulang dikuatantinkan sebelum mereka dibenar pulang ke rumah.

Yang terbaru ialah

225 rakyat Malaysia yang terkandas di Yala, Selatan Thailand sejak negara itu menutup pintu sempadannya, telah dibenarkan pulang ke tanah air, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.

Beliau berkata sehingga hari ini 139 rakyat Malaysia telah kembali ke tanah air – 88 orang melalui pintu sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam, 48 melalui Sungai Golok-Rantau Panjang dan tiga lagi melalui Wang Prachan-Wang Kelian. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button