Alam SekitarNasionalTeknologi

Selain Boleh Digunakan Di Mana-Mana Sahaja, Ini 7 Faedah Penggunaan Tenaga Solar

Tenaga solar adalah tenaga diperoleh dari sinaran matahari dan ditukarkan menjadi tenaga elektrik. Tenaga matahari ini telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak dahulu lagi secara meluas. Antara contoh penggunaan tenaga matahari adalah pemanasan air, pemanasan bangunan dan juga penghasilan makanan kering.

Kita patut besyukur kerana sumber tenaga solar ini kita peroleh dengan percuma selagi matahari terus bersinar dan dengan kemajuan teknologi, kita sekarang dapat memanfaatkan tenaga solar dengan pelbagai cara dari mengecaj kereta elektrik hinggakan menampung kegunaan pekakasan elektrik di rumah. Sekarang sudah banyak kediaman, kilang dan industri yang yang memasang panel solar untuk menghasilkan tenaga elektrik sama ada untuk tujuan perniagaan atau pun untuk kegunaan sendiri.

Berikut adalah 7 faedah yang berkaitan dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini.

 


Kesan minimum terhadap alam sekitar

Keadaan yang tidak menentu atas factor perubahan cuaca, pemanasan global dan berlakunya peningkatan pencemaran serta kekurangan sumber bekalan bahan mentah untuk menghasilkan tenaga elektrik menybabkan penggunaan tenaga solar amat digalakkan.

Tenaga solar tidak menghasilkan kesan gas rumah hijau dan juga tidak mencemarkan air. Ia juga memerlukan hanya sedikit air untuk penyelenggaraannya, tidak seperti loji tenaga nuklear misalnya, memerlukan 20 kali lebih banyak air untuk diselenggara. Pengeluaran tenaga solar tidak menimbulkan pencemaran bunyi, jadi ianya amat sesuai jika di pasang pada rumah kediaman anda.

Menjimatkan kos bil elektrik bulanan anda

Dengan kebolehan menjana elektrik anda sendiri melalui sistem panel solar yang di pasang di kediaman anda bermakna anda akan menggunakan lebih sedikit tenaga elektrik daripada pembekal utiliti.

Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos bil tenaga elektrik bulanan anda. Dengan memsang panel solar di kediaman anda telah pun menyumbang dalam usaha untuk menyelamatkan alam sekitar kita ini. Semakin banyak tenaga yang anda hasilkan oleh panel solar, semakin sedikit tenaga yang anda perlukan dari pembekal tenaga elektrik anda dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan daya tahan penggunaan tenaga di kediaman anda.

Penghasilan tenaga optima pada waktu puncak

Oleh kerana pendemik Covid-19, kita digalakkan untuk bekerja di rumah, ini telah membuatkan permintaan tenaga cenderung lebih tinggi pada jangka waktu 11:00 pagi hingg 4:00 petang dan kemudian pada awal malam. Pada kadar biasa, ini adalah tempoh ketika penggunaan elektrik meningkat. Secara kebetulan, tenaga solar akan mencapai kapasiti pengeluaran maksimum pada waktu tersebut juga.

Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh panel solar pada masa tersebut mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada jika ia dihasilkan pada waktu malam. Jadi, kos penggunaan pada waktu puncak dapat dikurangkan hampir sama dengan kos penggunaan elektrik di luar waktu puncak.

Tenaga solar boleh digunakan di mana-mana

Selagi sesuatu tempat itu dapat menerima cahaya matahari tanpa sebarang halangan macam dalam gua, tenaga solar dapat digunakan. Ianya sangat berguna dan parktikal untuk digunakan di kawasan terpencil tanpa akses ke sumber elektrik lain. Terdapat sebilangan besar kawasan di seluruh dunia masih lagi tidak mempunyai akses kemudahan tenaga elektrik.

Jika ada inisiatif untuk membina sistem solar ini di kawasan pendalaman atau terpencil, bayangkanlah bagaiman ianya dapat memberi manafaat serta meningkatkan kehidupan terutamanya buat golongan penduduk orang asli. Selain itu, tenaga suria juga digunakan untuk menggerakkan kapal angkasa dan kapal-kapal di laut.

Kurang tenaga elektrik yang hilang semasa proses pembekalan ke rumah

Sebilangan tenaga elektrik yang dibekalkan akan menyusut sekitar 3%-5% semasa dihantar kerumah kediaman kita melauli kabel. Semakin jauh jarak antara pengeluaran dan titik bekalan, semakin banyak tenaga elektrik itu akan akan hilang. Kerugian tersebut mungkin tidak ketara tetapi dapat mempengaruhi prestasi penggunaan elektrik di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Dengan memasang panel solar di bumbung atau di halaman ianya dapat mengurangkan jarak ini dengan ketara, dan secara tidak langsung ia meningkatkan kecekapan panel solar dalam membekalkan tenaga elektrik.

Meningkatkan keselamatan grid

Grid yang tersedia oleh pembekal utiliti rumah anda mungkin terdedah kepada pelbagai risiko yang tidak dapat dielakkan jika terjadi, seperti terputus bekalan elektrik berpunca dari bencana alam ataupun pnyelenggaraan berkala. Dengan mempunyai sistem solar kediaman sendiri anda masih lagi dapat menggunakan tenaga elektrik jika ini berlaku.

Mencipta peluang pekerjaan baharu

Walau pun ramai kehilangan pekerjaan kerana kesan dari pendemik Covid-19 ketika ini, industry solar memberi peluang pekerjaan baharu mereka. Ini kerana sebilangan besar kos yang berkaitan dengan sistem solar adalah dari proses pemasangan panel. Semakin rancak industri solar kita secara tidak langsung ianya akan menyumbang kepada peluang pekerjaan baharu tempatan. Menggunakan sistem suria meningkatkan ekonomi dan memberi kesan positif kepada masyarakat setempat.

Apa tunggu lagi? jom pasang solar!!!

Untuk keterangan lanjut berkaitan Program NEM Rakyat dan langganan panel solar daripada syarikat Gading Kencana boleh layari laman web https://solarrakyat.com/ -SM

(Visited 170 times, 3 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button