Jenayah

66 individu termasuk penjawat awam dan remaja bawah umur di tahan di pusat hiburan.

Johor bahru, 11 Jun (Bernama)- Seramai 66 individu termaksuk seorang penjawat awam dan seorang remaja perempuan bawah, ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini yang beroperasi melebihi had masa, sabtu malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata operasi khas yang dijalankan kira0kira pukul 2 pagi itu, melibatkan lima pegawai dan 22 anggota JSJN Bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Beliau berkata kesemua individu yang ditahan berumur dalam linkugan 17 hingga 41 tahun, selain turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang mengaku sebagai pengurus premis terbabit.

“Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 180 individu yang sedang berhibur dan hasil saringan awal air kencing mendapati 34 lelaki termasuk seorang penjawat awam yang berusia 29 tahun, serta 18 wanita termasuk remaja perempuan bawah umur didapati positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati premis berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah sehingga 30 Jun depan, namun didapati beroperasi melebihi had yang dibenarkan iaiti bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam’’katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Mohd Afzanizam berkata 19 warga asing yang turut terlibat dalam tangkapan itu telah diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan, berikutan menyalah gunakan pas lawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imegresen 1963, seksyen 11 (2) enakmen Hiburan Negeri Johor 4/98 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah berbahaya 1952.

(Visited 37 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button