fbpx
Bola SepakSukan

Belum ada kata putus Kalonda sarung jersi kebangsaan

Harry Edge kelahiran New Zealand tidak berminat

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini menolak khabar angin mengatakan Marcel Kalonda mempunyai peluang cerah menyarung jersi pasukan kebangsaan.

Setiausaha Agong FAM, Stuart Ramalinggam hari ini memberitahu, FAM masih lagi meneliti kesemua dokumen yang telah dihantarkan pemain dilahirkan di Congo itu bagi membuktikan kaitan beliau dengan Malaysia.

“Beliau telah menghantarkan beberapa dokumen sebagai bukti kepada FAM minggu lepas dan kami masih lagi meneliti kesemua dokumen tersebut dengan pelbagai pihak berkuasa.

“Dan kami juga telah meminta beliau untuk mengemukakan beberapa lagi dokumen berkaitan sebagai bukti sebelum kami boleh membawa ke peringkat seterusnya.


“Masih terlalu awal untuk membuat keputusan sama ada beliau boleh mewakili pasukan negara tetapi apa yang saya tahu, kami masih di peringkat awal menilai perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Stuart juga mendedahkan yang Kalonda perlu menjalani beberapa proses lagi sebelum badan itu membuat keputusan sama ada beliau boleh menyertai pasukan kebangsaan atau tidak.

Tunjuk bukti pertalian darah dulu sebelum sarung jersi Harimau ...

Sementara itu mengenai status Harry Edge pula, Suart menyatakan yang pemain kelahiran New Zealand itu tidak berminat untuk mewakili Malaysia.

Perkara itu timbul berikutan bapa Edge, Declan Edge mendakwa di media sosial yang anaknya terbuka untuk mewakili Malaysia kerana beliau telah dilahirkan di Melaka manakala Kalonda mendakwa yang datuknya berasal dari Sabah.

Harry Edge kini bermain untuk Kelab Sweden Torslanda IK, manakala Kalonda di Liga Zambia.

Show More

Related Articles

Back to top button