Politik

3 pemimpin PH Perak menghadap Sultan Nazrin Shah hari ini

 

TIGA pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak tiba di Istana Kinta bagi menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berikutan kemelut terkini politik negeri itu.

Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming menjadi pemimpin pertama tiba kira-kira pukul 10.40 pagi, diikuti Pengerusi PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan seterusnya, Pengerusi Amanah, Datuk Asmuni Awi.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul keyakinan ahli dewan terhadap Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam undian yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan untuk membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi. – SM

(Visited 320 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button