MahkamahNasional

Zaid puji semangat, kejujuran Peguam Hisyam bidas pengkritik angkuh

PEGUAM kanan Zaid Ibrahim semalam memuji peguam utama Najib Razak yang dilantik baru-baru ini, Hisyam Teh Poh Teik.

“Saya sangat gembira, sangat bangga dengan Hisyam,” kata Zaid yang firma guamannya mewakili Najib dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan dan hukuman dalam kes rasuah SRC International seperti laporan FMT hari ini.

PEGUAM Hisyam Teh Poh Tek

“Sepanjang saya jadi peguam, saya tidak pernah lihat seorang peguam bela yang begitu bersemangat, begitu tegas, begitu yakin dengan tujuannya. Malangnya, tidak membuahkan hasil.

“Saya tahu beliau seorang peguam yang jujur. Kita boleh tahu beza antara peguam yang jujur dengan yang tidak jujur,” kata Zaid.

Bekas menteri undang-undang itu berkata demikian kepada pemberita selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan keterangan baharu bagi membuktikan wujud konflik kepentingan yang berat di pihak Mohd Nazlan Ghazali ketika menghakimi perbicaraan SRC dua tahun lepas.


Zaid turut menzahirkan simpati terhadap bekas perdana menteri itu atas halangan yang dihadapinya ini tetapi berikrar untuk meneruskan perjuangan.

Ditujukan kepada anak guamnya, beliau berkata: “Saya amat bersimpati terhadap Najib dan keluarga, tetapi (proses menegakkan) keadilan ialah perjalanan yang panjang.

“Kadang-kadang, jika anda tidak boleh dapatkannya di sini, boleh dapatkan di tempat lain.

“Kita akan buat apa yang kita boleh (walaupun dengan) kekangan yang dihadapi.”

Beliau turut kesal dengan segala sikap tidak hormat yang terpaksa dihadapinya kerana lewat mengambil kes Najib. – SM

 

(Visited 188 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button