Nasional

Zahid Hamidi beri bantuan kepada mangsa banjir di Pahang

PRIHATIN dengan dugaan yang dihadapi mangsa banjir di Pahang, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Zahid dilihat hadir ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dong di Raub Pahang dan beberapa lagi lokasi banjir di sekitar kawasan tersebut.

“Menyantuni mangsa banjir di PPS SK Kuala Dong, Raub, Pahang. Saya amat bersimpati dan mendoakan semoga semua keluarga mangsa akan segera dapat kembali pulang ke rumah masing-masing.

“Saya juga akan minta Skuad Sabil dan Skuad Sayang UMNO membantu pembersihan rumah-rumah yang terkesan banjir di kawasan ini,” katanya.


Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut memberikan sumbangan berupa barangan dapur dan keperluan harian kepada mangsa-mangsa.

Selain beliau, turut menyertai rombongan tu ialah pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Kebajikan UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim. -SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button