Nasional

Bukan hanya Wuhan, Hubei, gantung pengecualian visa semua rakyat China, gesa Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan kerajaan untuk hanya mengantung kemudahan imigresen pelancong China dari bandar Wuhan dan sekitar wilayah Hubei sahaja sebagai terlambat.

Ini kerana menurut Najib terdapat laporan media bahawa Datuk Bandar Wuhan semalam mengakui seramai 5 juta penduduk bandar itu  berjaya keluar sebelum sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China bermula.

“Kerajaan PH telah membuat separuh U-Turn seperti apa yang saya seru dua hari dahulu.

“Jika mahu gantung, gantungkan pengecualian visa untuk semua warga China buat sementara waktu, bukan hanya untuk penduduk Wuhan dan Hubei sahaja,” kata Najib.

Semalam portal South China Morning Post melaporkan Datuk Bandar Wuhan,  Zhou Xianwang mendedahkan seramai lima juga penduduk bandar itu telah keluar dari Wuhan untuk meraikan cuti Perayaan Musim Bunga sebelum bandar tersebut dikenakan sekatan oleh kerajaan China bagi mengekang coronavirus.

Hanya tinggal kira-kira 9 juta penduduk sahaja di bandar tersebut selepas sekatan dibuat. Sehingga hari ini 80 orang telah maut akibat coronavirus di China dan beribu yang lain masih dirawat.

BACA ARTIKEL: 5 million left Wuhan before lockdown

Hari ini Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual terhadap rakyat negara China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya berkuatkuasa serta merta.

BACA ARTIKEL: Kerajaan gantung kemudahan imigresen rakyat China dari Wuhan, Hubei

Keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira perkembangan terkinni kes jangkitan novel coronavirus 2019 (2019-nCov)  di negara China khususnya di wilayah Hubei.

“Pemantauan telah dibuat dari semasa ke semasa.. Pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan.

“Berikutan maklumat terkini Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan KERAJAAN menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya,” kata kenyataan tersebut.

Kemudahan imigresen tersebut akan diberikan semula setelah keadaan kembali pulih.-SM

 

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button