Travel

Yati Kitchen keluarkan 5 buku resipi dari masakan kampung sehingga ke barat

Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh terkenal, ‘Yatie Kitchen’ menyajikan video masakan melayu yang mempunyai lebih 857 pengikut di Instagram dan 265 ribu di Facebook kini mengeluarkan lima edisi buku resipi yang lengkap.

Yati Kitchen keluarkan buku 5 buku resipi

Buku ini mula diterbitkan pada tahun 2018 dengan edisi satu sehinggalah sampai ke edisi ke lima pada tahun 2022 yang memuatkan sekitar 74 sehingga 90 resepi masakan bagi setiap penerbitan buku beliau.

Bukan sahaja berkongsi tentang resipi masakan malah Puan Nurhayati Zainol Abidin juga turut berkongsi tips masakan supaya rasanya lebih sedap, untuk kelima buku ini turut berkongsi dari masakan kampung sehingga masakan barat bahkan terdapat resipi pemanis mulut juga.

Apa yang menarik perhatian pada buku resepi ini terdapat juga gambar untuk dijadikan bahan masakan jadi sudah tentu para pembaca mudah untuk mengikuti masakan malah langkah masakan senang untuk dituruti.

buku resipi ini terdapat juga gambar untuk dijadikan bahan masakan

Menurut Yatie, walaupun sering berkongsi video masakan di media sosial namun buku keluarannya ini juga sering dirujuk ketika memasak.

“Kalau saya sering berkongsi resipi masakan di Instagram, saya tiada satu pun simpanan resipi saya, resipi dari Instagram juga saya telah bukukan, kadang saya sendiri yang rujuk buku-buku ini kerana sukar untuk mengingat resipi yang sebelum ini.” Jelasnya.

Yatie juga tidak merancang untuk mengeluarkan resipi dalam bentuk ‘e-book’ memandangkan para pengikutnya juga tergolong dari umur pertengahan.

“Kebayakkan pengikut saya juga yang sudah berumur jadi buku ini sangat sesuai dengan mereka, lagipun e-book ini senang untuk orang di luar ‘copy write’, sebelum ini saya pernah terkena ada seseorang yang ‘screen shot’ kemudian jual di Shoope dengan anggaran RM10.” Katanya.

Selain itu kerjaya Yatie bukan sahaja dalam bidang masakan, beliau merupakan seorang Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (PR) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang masih aktif berkhidmat.

Kerjaya beliau sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pelanggan banyak berurusan dengan pesakit dari kalangan selebriti tempatan mahupun kerabat di raja.

Dalam masa yang sama Yatie masih kekal menjadi duta bagi produk Adabi bagi mempekernalkan resepi masakan berasaskan produk tersebut kepada umum.

Tidak terlepas dari dunia perniagaanYatie turut mengeluarkan produknya sendiri iaitu Sambal Bilis Petai Yatie Kitchen, Sambal Signature Yatie Kitchen, Paru Crispy Yatie Kitchen, Mushroom Seasoning Yatie kitchen, Bawang Goreng Yatie Kitchen dan Keropok Crispy Yatie Kitchen.

Kesemua produk ini dijual melalui online dalam talian shopee dengan kuantiti yang agak terhad setiap kali pengeluaran iaitu sekitar 240 botol dan sekiranya produk tersebut habis terjual, beliau akan memasak untuk pengeluaran seterusnya di “central kitchen” Yatie Kitchen bagi menjaga tahap kualiti dan tidak mementingkan kuantiti semata-mata.

Artikle Berkaitan ;>

 

Restoran sajian rasa melayu yang pertama dibuka di Madinah

Peliharalah hubungan adik beradik: Umpama daging masak kicap!

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button