fbpx
Nasional

Yang penting tiada kluster Khairuddin – Tuan Ibrahim

ISU membabitkan Menteri Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara sudah tidak penting kerana ia tidak membabitkan sebarang kluster.

Ketika. cuba meredakan isu tersebut, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini ekoran tiada kluster baharu yang dikaitkan dengan Khairuddin.

Oleh itu katanya, tumpuan semua pihak perlu diberikan kepada yang mempunyai kluster Covid-19.

“Dia dah bayar kompaun maksimum RM1,000, dia tiada kluster. Dia dah buat swab test (ujian sapuan) dan kesilapan dia itu pun dah bayar kompaun apa semua,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan khas dan kit Covid-19 kepada sekolah-sekolah peringkat Parlimen Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemergian Khairuddin ke Turki sebelum ini dalam pengetahuan parti atau sebaliknya.


Khairuddin telah perli ke Turki dan pulang pada 7 Julai lalu.

Berdasarkan arahan daripada Kementerian Kesihatan, mana-mana individu yang beru pulang dari luar negara wajib menjalani kuarantin selama 14 hari.

Lagi pula Khairuddin baru pulang dari Turki, iaitu negara yang berisiko tinggi kerana setiap hari ia mencatatkan lebih 1,000 kes positif baharu dan kes terkumpul sudah mencecah ratusan ribu.

Selepas pulang dari Turki, tanpa melakukan kuarantin Khairuddin telah menghadiri sekurang-kurangnya 12 program dan acara termasuk Parlimen (13, 14, dan 16 Julai), Jasin (15 Julai), Jabatan Perdana Menteri (18 Julai), Kuala Nerus (18 Julai), Setiu (18 Julai), Pantai Penarak, Terengganu ( 18 Julai), dan Pulau Duyong (10 Julai 19).

Tuan Ibrahim berkata, Khairuddin sudah melakukan pengorbanannya dengan bertindak memulangkan gaji bulanannya sebagai tanda menyesali perbuatan tersebut.

“Realitinya bukan ada kluster dia, yang pentingnya dia didenda dan pengorbanannya tolak semua gaji. Sepatutnya tak jadi isu.

“Baik kita tumpu kepada yang ada kluster,” jelasnya.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button