Hiburan

Persembahan Westlife The Hits Tour 2024 di Arena of Stars

SELEPAS 24 tahun, salah satu kumpulan pop paling terkenal di dunia Westlife akan kembali mengadakan persembahan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun ini.

Persembahan Westlife The Hits Tour 2024 anjuran MMIC Entertainment Group dengan JS Concert Productions sebagai Promoter akan diadakan pada jam 6 petang dan tiket-tiket mula dijual pada 26 April dari jam 12 tengah hari.

Persembahan oleh kumpulan yang berasal dari Ireland itu pasti akan mencatat memori indah kepada peminat-peminat Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan manakala Mark Feehily tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Westlife yang ditubuhkan pada 1998 berjaya melakar nama sebagai kumpulan lelaki era 2000 yang menjadi perhatian di seluruh dunia dengan lagu-lagu hits dan persembahan yang memukau.

Antara lagu dendangan Westlife yang menjadi siulan ramai dan masih diminati hingga kini seperti “Uptown Girl”, “My Love”, “Swear It Again”, “Flying Without Wings”, “World of Our Own”, “Hello My Love” dan banyak lagi.

Westlife berjaya menjual lebih 55 juta unit album, berjaya menghasilkan 36 album nombor satu. 

Untuk rekod, Westlife juga berjaya mengumpul lebih daripada 3 bilion  aliran global, melepasi 1 bilion tontonan YouTube dan menjual lebih 5.5 juta tiket konsert di seluruh dunia. 

Sepanjang kerjaya, Westlife menerima pelbagai anugerah termasuk satu World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards dan empat Record of the Year Awards.

Tiket ke Westlife The Hits Tour 2024 berharga RM1,188 (VIP), RM988 (PS1), RM788 (PS2), RM588 (PS3) dan RM388 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Tiket boleh dibeli atas talian menerusi MMIC Entertainment Group di mmic.bigtix.io, Resorts World Genting di rwgenting.com dan BookMyShow di my.bookmyshow.com – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button