fbpx


Nasional

Tujuh termasuk seorang remaja 14 tahun terlibat kes curi motosikal

SEKUMPULAN remaja yang berusia lingkungan 20 hingga 14 tahun seakan tidak takut dengan undang-undang selepas didapati aktif melakukan jenayah curi motosikal di sekitar Petaling Jaya.

Difahamkan, tiga suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Jalan PJS 3/25 kira-kira pukul 9 malam semalam.

Susulan serbuan ke rumah tersebut telah menemukan pelbagai komponen motosikal dan sebuah enjin motosikal curi yang telah dileraikan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, siasatan awal mendapati dua suspek telah telah mengaku terlibat jenayah curi motosikal bersama dua lagi rakan yang lain.


“Kira-kira pukul 12.30 tengah malam, kita telah menahan tiga lagi lelaki berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun di sebuah padang futsal di Jalan PJS 3/52 dan taman permainan awam PJS 4 kerana terlibat jenyah sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, empat suspek telah mengaku melakukan jenayah curi motosikal sebanyak tiga kali di kawasan PJS 4 Petaling Jaya.

BACA> Asri Janggut rayu kemaafan, akui kebodohan diri

Jelasnya, suspek juga mengaku melakukan jenayah curi motosikal di Lembah Subang dan Kelana Jaya bersama rakan yang lain.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 3.30 pagi tadi, suspek ke tujuh yang berusia 14 tahun telah ditahan di sebuah rumah di Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya,” ujarnya.

Selain tangkapan,  Nik Ezanee berkata, pihaknya turut merampas 19 komponen motosikal yang telah dileraikan dan empat rangka motosikal curi.

BACA> Dakwaan tak solat itu keterlaluan – KPN

Tambhanya, kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button