Luar Negara

Tidak Sempat Lanjutkan Pelajaran, Anak Gabenor Jawa Barat Lemas Di Sungai Aere

Rancangan melanjutkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana bertukar menjadi tragedi apabila anak gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, lemas di Sungai Aere.

Mangsa, Emmeril Khan Mumtaz atau nama mesranya, Eril, difahamkan sebelum itu berenang di tersebut bersama adik serta rakan-rakannya.

Namun menurut sumber, arus air yang terlalu deras membuatkan Eril gagal menyelamatkan diri lalu dibawa arus sungai.

Berita tersebut mengejutkan seluruh warga Indonesia dan hasil pencarian serta usaha menyelamat menemui jalan buntu pada awalnya.

Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa merujuk Majlis Agama Indonesia dan selepas 14 hari, mayat Eril ditemui selepas azan dikumandangkan.

“Mayat Eril ditemui terapung di bahagian empangan air Engehalde yang terletak kira-kira enam kilometer dari tempat Eril mula tenggelam.

“Pasukan forensik melakukan ujian DNA bagi pengesahan mayat dan ia sepadan dengan DNA milik ibunya,” kata sumber.

Eril dikatakan seorang anak sulung yang aktif dalam melakukan kerja-kerja amal semasa hidupnya.

Eril juga menubuhkan sebuah kelab kemanusiaan dan pendidikan yang dikenali sebagai Jaber Zillennial yang banyak membantu warga Indonesia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button