Rencah Hidup

Tak Serik Dengan Kontroversi, Kedai 35 Di Melaka Tular Lagi Kerana Maki Pelanggan!

Ramai yang bersetuju negeri Melaka cukup terkenal dengan sikap orang-orangnya yang gemar bergurau kasar, namun tidaklah sampai menjadi kurang ajar.

Walau bagaimanapun, terdapat sebuah kedai di negeri itu sering kali popular kerana memiliki ‘tauke kedai’ yang gemar membebel atau memaki pelanggan.

Kedai itu dikenali sebagai Kedai 35 dan baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sisyana Lasher berkongsi pengalaman buruk di situ.

Ujar Sisyana, dia tidak menyangka hasratnya untuk singgah makan di kedai itu menjadi kurang elok apabila menerima layanan yang mengguris hatinya.

Antara dialog yang dilontarkan tauke kedai berkenaan adalah seperti:

1.Tiada duit jangan bawak mak ayah datang makan
2.Setakat order telur satu bijik tiada hasil
3.Ini kedai saya, saya punya fasallah saya nak ke tak nak jual
4.Kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah pun habis

Kongsi Sisyana, dia juga tidak tahu kesalahan keluarganya sehingga menerima layanan sedemikian.

“Kami makan sehingga habis dan terus membayar harga makanan tersebut yang berjumlah RM240,” ujar Sisyana.

Sisyana mengakui agak malu dengan kejadian itu memandangkan dia turut membawa keluarganya dari Singapura untuk menjamu selera.

Terdahulu, Kedai 35 turut menerima kecaman hebat apabila dikatakan mengherdik seorang usahawan yang melakukan siaran langsung dalam kedainya.

(Visited 8,902 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button