Rencah Hidup

Dibuang ketika kecil, kini ibu bapa Perez tuntut bayaran ketika sudah berjaya!

SEAWAL usia 2 tahun, Perez telah ditinggalkan di rumah anak yatim oleh ibu bapanya sendiri yang enggan bertanggungjawab membesarkannya.

Namun, nasibnya berubah apabila datuk dan neneknya tampil mengambil hak jagaan serta berusaha membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Sepanjang kehidupannya, atlet ini langsung tidak merasai kehadiran kedua-dua orang tuanya. Namun, apabila namanya mula bersinar dalam dunia sukan, tiba-tiba ibu bapanya kembali muncul dengan tujuan yang sama—menuntut wang daripadanya.

Pada Ogos 2016, Lucas telah menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak terkenal England, Arsenal, dengan nilai sekitar £17.1 juta (RM93,598,044). Setelah bertahun-tahun menyepi, ibunya yang sudah lanjut usia datang menuntut wang saraan tanpa menghiraukan luka emosi yang pernah ditinggalkan.

Lebih mengejutkan, bapanya pula mengambil tindakan lebih drastik dengan memfailkan saman sivil terhadap Perez demi kepentingan kewangan. Walaupun hak jagaan Lucas sejak kecil berada di bawah datuk dan neneknya, mereka tetap memberi ruang kepada bapanya untuk berkongsi hak tersebut. Tindakan kedua-dua individu ini memberikan tekanan hebat kepada Perez, lebih-lebih lagi apabila perbicaraan mahkamah berkenaan tuntutan kewangan masih berlarutan hingga kini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button