Nasional

Terkandas di Maldives: 18 rakyat Malaysia selamat tiba

SEBANYAK 18 rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Maldives akibat sekatan perjalanan yang dikenakan susulan wabak COVID-19, selamat tiba di Malaysia awal pagi ini dengan pesawat khas.

Pesawat yang membawa mereka terdiri pelancong dan pekerja itu mendarat di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Subang pada 1.35 pagi waktu tempatan.

Weststar Aviation Services, dalam satu kenyataan kepada Bernama, berkata usaha membawa pulang rakyat Malaysia itu – hasil kerjasama antara Weststar dengan kerajaan – ditaja sepenuhnya oleh Weststar.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus bekerja tanpa mengenal erti penat untuk melindungi kami di saat-saat sukar.

“Kami juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban,” tambah kenyataan itu seperti yang dilapotkan oleh BERNAMA.

Pada minggu lalu Malaysia turut membawa pulang rakyatnya dari Iran menggunakan pesawat AirAsia yang disewa khas untuk Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana yang membawa rakyat Malaysia dari Tehran, Iran.

Mereka, selamat tiba pada pukul 6.35 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lalu.

Ia membabitkan 46 individu termasuk 10 orang kanak-kanak dari Iran yang merupakan salah sebuah negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19.

Ia diiktui dengan misi membawa pulang rakyat negara ini seramai 12 rakyat yang terkandas di Tashkent, Uzbekistan.

Kumpulan itu berlepas pada hari sama menerusi penerbangan Uzbekistan Airways, yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button