Nasional

TEKUN Nasional bantu pelajar asnaf Johor

SERAMAI 400 orang pelajar sekolah terpilih daripada keluarga asnaf di negeri Johor hari ini menerima sumbangan agihan dana zakat perniagaan dari TEKUN Nasional berjumlah RM40,000.

 Sumbangan berbentuk baucer pembelian barangan keperluan sekolah bernilai RM100 seorang telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi TEKUN Nasional, Najwah Halimah Ab Alim.

Majlis penyerahan tersebut telah dilakukan bertempat di Mydin Mall Mutiara Rini bersempena program “Back To School” anjuran TEKUN Nasional

 Menurut Najwah Halimah, TEKUN Nasional sentiasa mengambil berat akan pelaksanaan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai agenda tetap tahunannya.

“Program CSR seumpama ini juga memberi peluang kepada TEKUN Nasional untuk berbakti kepada masyarakat setempat.

“Di samping itu ia mampu memberi motivasi dan sokongan moral kepada para pelajar supaya dapat mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik, sekali gus mempertingkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah,” katanya.

Ujar Najwah Haimah, bantuan sebegini juga bertujuan untuk membantu meringankan beban ibu bapa terutama golongan B40 daripada segi perbelanjaan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka apabila sesi tahun 2020 bermula.

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button