Politik

Syed Saddiq minta Menteri Pendidikan henti tuding jari

KEMENTERIAN Pendidikan diminta lebih memahami situasi dan cabaran sebenar dihadapi guru dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Gesaan supaya guru lebih kreatif dalam melaksanakan tugasan mereka ketika ini bukanlah satu usaha yang boleh membantu mereka menghadapi kesukaran ini.

Sebaliknya, berterusan memberi beban kepada mereka dalam menghadapi cabaran PdPR.

Sepatutnya, kerajaan membuat sesuatu untuk meningkatkan keupayaan PdPR termasuklah perkara berkaitan kelengkapan seperti komputer dan liputan internet supaya tiada pelajar tercicir dalam memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Gesaan guru untuk lebih kreatif tidak akan menyelesaikan masalah kerana mereka pun mempunyai anak yang perlu dibantu untuk menjalani proses pembelajaran PdPR.

“Sudahah banyak usaha sendiri guru, pelajar dan ibu bapa buat untuk belajar.”

Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam ciapan Twitternya hari ini mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan II, Dr. Mah Hang Soon.

Terdahulu, Bernama melaporkan Hang Soon mendakwa usaha sedemikian perlu kerana terdapat pelajar khususnya dari kawasan luar bandar.

Kerana mereka menghadapi kesukaran mendapatkan capaian internet untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Bagaimanapun, kenyataan itu ditempelak Syed Saddiq yang menyifatkan Menteri dan Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berbuat apa-apa.

Malah, dalam ciapan ringkasnya itu, beliau menggesa menteri supaya tidak hanya menuding jari.

“Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan I dan Timbalan Menteri Pendidikan II buat apa?

“Menteri jangan pandai menuding jari sahaja,” tempelaknya.

Sebelum ini, KPM memaklumkan penangguhan sesi persekolahan bersemuka yang sepatutnya bermula pada 20 Januar lalu.

Selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0, kaedah PdPR dilaksanakan bagi mengurangkan risiko penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Sebaliknya hanya pelajar menduduki peperiksaan utama yang ditangguhkan pada 2020 kepada Februari ini sahaja dibenarkan untuk belajar secara bersemuka di sekolah.

Namun, Suara Merdeka sebelum ini memetik laporan Malaysiakini memaklumkan pelajar Orang Asli di Gua Musang, Kelantan masih lagi belum menjalani sesi persekolahan mahupun secara PdPR kerana kekangan kemudahan seperti komputer dan jaringan internet di sana. – SM

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button