PendidikanRencana

Drawzania.com Bantu Anak-Anak Teroka Dunia Lukisan Dengan Cara Yang Lebih Seronok

Anak-anak pada awal usianya amat kreatif dalam mencipta dan berkarya terutama apabila melibatkan aktiviti melukis, mewarna serta melakar.

Namun dalam masa sama, ada juga kanak-kanak yang tidak dapat meningkatkan kemahiran tersebut kerana kurangnya pendedahan mengenai asas dalam melukis.

Seorang pekerja swasta, Nurul Khadijah Ramlee mengakui bahawa dia tidak pandai dalam perkara sedemikian tetapi anaknya sangat gemar melukis.

“Anak saya dekat rumah memang suka aktiviti sedemikian kerana ia sesuatu yang sangat kreatif dan saya sentiasanya menyokong.

“Namun saya tidak pernah tahu kewujudan Drawzania.com dan setelah mencubanya sendiri, saya berjaya tingkatkan kemahiran saya,” ujarkan kepada Suara Merdeka.

Kata Nurul lagi, Drawzania.com bukan hanya menarik minat dirinya malah mempercayai anaknya pasti akan turut sama berminat dengan laman pembelajaran tersebut.

Nurul berkata demikian setelah menyertai program uji lakaran secara spontan anjuran Suara Merdeka di Seksyen 13, Shah Alam, baru-baru ini.

Mengulas program yang sama, seorang pelukis, Fadzil Abd Aziz turut berkongsi pandangan serta komen yang serupa seperti Nurul.

“Sebagai seorang pelukis, saya sangat bersetuju bahawa Drawzania.com amat berkesan dalam membantu individu untuk melukis dengan lebih mudah secara santai.

“Macam anak saya yang berusia enam tahun. Dia suka melukis. Dengan berpandukan Drawzania.com, anak saya ada peluang untuk lebih berimaginasi,” katanya.

Tambah Fadzil lagi, usaha yang dilakukan anaknya kini lebih kepada meniru watak-watak kartun yang diminati dan bukanlah melibatkan kemahiran sepenuhnya.

“Memang tak sempurnalah tetapi apabila ada Drawzania.com, dia mungkin boleh ada ideanya yang tersendiri.

“Dia hanya perlu tengok dan tak perlu lagi meniru gambar lain kerana dia akan mengikut panduan lakaran yang diberikan dengan lebih seronok,” ujarnya. – SUARA MERDEKA

(Visited 399 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button