Suara Merdeka diberi penghargaan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
PORTAL berita SUARA MERDEKA (SM) antara yang diberi penghargaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis bagi menerima penghargaan atas sumbangan menerusi sebaran maklumat kesihatan untuk disampaikan kepada rakyat.
Penghargaan ini disampaikan menerusi Majlis Apresiasi Media Kesihatan dan Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Mess Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda Kangar, petang ini.
Plak penghargaan ini disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ismuni Bohari kepada wakil Suara Merdeka, Sholina Osman.
Hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Ghazali Chik.
Selain itu terdapat juga media lain yang diberikan penghargaan termasuk RTM, Bernama, Utusan, Kosmo, Harian Metro, Sin Chew Daily dan Kwong Wah Yit Poh.
JKN Perlis juga memberikan penghargaan untuk jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT) dan juga badan bukan kerajaan (NGO).
Ismuni dalam ucapannnya berhasrat menjadikan majlis apresiasi ini sebagai acara tahunan pada masa akan datang.
“JKN Perlis sangat menghargai kerjasama semua pihak ini bagi memastikan slogan Perlis Hebat! Sihat Milik Semua akan tercapai,” katanya. – SM
BACA Raja Muda Perlis hargai jasa pengamal media: SUARA MERDEKA terima Anugerah Media Istimewa