Ekonomi

Wilayah Tashkent di Uzbekistan memilih negeri Perlis sebagai rakan kolaborasi utamanya di Malaysia

ARAU: Antara bidang strategik yang akan diberi tumpuan untuk diterokai sebaiknya pada peringkat awal kerjasama ini ialah kenaf pemprosesan dan pembungkusan buah-buahan, dan juga pelancongan dua hala terutama sekali dalam segmen pelancongan Islam.

Projek-projek terpilih dalam sektor pendidikan tinggi antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang dulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan juga dipelopori sepenuhnya dengan lapan buah universiti yang terdapat di negara Uzbekistan.

Projek-projek terpilih dalam sektor pendidikan tinggi antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ)

Inisiatif ini diambil hasil daripada lawatan rasmi Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev iaitu yang pertama dalam tempoh 20 tahun oleh ketua negara berkenaan ke Malaysia pada bulan Februari baru-baru ini yang mana difahamkan beliau dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya wilayah-wilayah di sana memilih untuk bekerjasama dengan negeri-negeri di sini dan wilayah Tashkent telah mengambil keputusan untuk bersama negeri Perlis.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Gebenor Wilayah Tashkent, Uzbekistan, Mirzaev Zoir Toirovich kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu majlis kunjungan sembah mengadap yang diadakan di Balai Mengahadap Biru, Istana Arau baru-baru ini.

Turut berangkat sama adalah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Delegasi Uzbekistan turut dihadiri oleh Duta Besar negara Uzbekistan ke Malaysia Tuan Yang Terutama Karomiddin Gadoev, Ketua Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Wilayah Tashkent, Aripov Tokhir, Ketua Jabatan Pelaburan, Industri dan Perdagangan Wilayah Tashkent, Sharipov Najmiddinkhuja serta Ketua Dewan Perdagangan dan Industri Wilayah Tashkent, Abdukhalilov Abdurasul.

Turut mengiring dalam sesi tersebut ialah Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli serta Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Profesor Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja bertitah yang Perlis amat mengalu-alukan sebarang kerjasama ini dan akan mempermudahkan segala urusan yang dilihat mampu memberikan manfaat atau hasil dan impak yang maksimum kepada kedua-dua belah pihak.

Tuanku Raja bertitah yang Perlis amat mengalu-alukan sebarang kerjasama ini dan akan mempermudahkan segala urusan yang dilihat mampu memberikan manfaat

Wilayah Tashkent ialah salah satu daripada 12 wilayah (viloyat) di Uzbekistan dan mengelilingi bandar Tashkent, tetapi tidak termasuk bandar itu, yang ditadbir secara berasingan sebagai entiti bebas.

Terletak di timur laut Uzbekistan, berhampiran sempadan dengan Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Dikelilingi oleh beberapa wilayah lain seperti wilayah Namangan dan wilayah Sirdaryo.

Ekonomi wilayah ini sangat berkaitan dengan pertanian, khususnya kapas, buah-buahan dan sayuran. Wilayah berkenaan juga mempunyai industri ringan dan pemprosesan makanan serta terdapat zon industri bebas dan pelaburan asing dalam bidang logistik dan pembuatan. – SM

GALERI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button