Berita

Bina negara cabaran utama ahli politik – MB Selangor

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cabaran terbesar hari ini adalah untuk membina negara dalam kekalutan media sosial.

Menurut beliau, orang politik dan masyarakat dalam membingkai sesuatu isu tidak terpengaruh dengan perasaan, tetapi meletakkan kepentingan masyarakat dan membina negara.

”Ramai yang menyesal termasuk bertemu saya melahirkan rasa sesal kerana terpengaruh emosi dibingkai oleh media sosial,” katanya semasa berucap majlis Apresiasi Aidilfitri di sini malam ini.

Semua pihak, kata beliau, khusus media dan media sosial tidak hanya mengejar klik dan sebagainya semata-semata, tetapi perlu ada kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul.

”Cenderung mana sekalipun, kerana setiap butir disiarkan…ada kesan sampingan serta berganda,” ujar beliau.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button