
Nasi lemak bakal naik harga. Mengapa? Ini sebabnya…
PUTRAJAYA – Pengumuman pengurangan subsidi telur bermula esok dan dihapuskan terus pada Ogos akan menyebabkan kenaikan harga nasi lemak, roti telur dan banyak lagi makanan yang menggunakan telur.
Kawalan harga dan subsidi telur ayam akan ditamatkan secara berfasa bermula Khamis ini, sebagai langkah penyasaran semula subsidi di bawah inisiatif Kerajaan Madani.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kadar subsidi telur ayam akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula esok manakala pemberian subsidi sepenuhnya akan ditamatkan pada 1 Ogos depan.
Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira komitmen industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam kekal mencukupi dan terjamin, susulan kos pengeluaran yang telah stabil.
“Ini terbukti apabila bekalan telur semasa musim perayaan Aidilfitri lalu adalah mencukupi dengan harga yang kompetitif,” jelas KPKM pada Rabu.