Hiburan

“Siapa ‘Perempuan Itu’?” – Nabila Huda Luah Jijik, Enggan Akui Status Ibu Tiri

PELAKON versatil tanah air, Nabila Huda kembali mencetus perhatian apabila meluahkan rasa tidak senang terhadap isteri kepada penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search, Nourish Hassan yang juga ibu tirinya.

Memetik dari portal Mstar, Nabila menolak untuk mengiktiraf wanita itu sebagai sebahagian daripada keluarganya, malah hanya merujuk Nourish sebagai “perempuan itu”.

“Saya minta maaf, saya rasa jijik nak dengar gelaran ‘ibu tiri’. Saya hanya ada seorang ibu, dan dia adalah cinta pertama ayah saya. Noktah,” katanya lantang.

Luahan beremosi itu turut mendedahkan ketegangan hubungan antara beliau dan bapanya sejak lebih setahun lalu. Menurut Nabila, beliau sudah lama tidak berjumpa dengan Amy Search dan menyalahkan Nourish sebagai punca utama kerenggangan itu.

“Saya tak pernah berebut harta, saya cuma nak kasih sayang seorang ayah,” katanya, sambil menegaskan bahawa beliau kecewa kerana niatnya sering disalahertikan.

Hubungan antara Nabila dan Nourish sebelum ini pernah dikatakan pulih sekitar tahun 2019 apabila kedua-duanya berusaha menurunkan ego demi menjaga keharmonian keluarga. Namun, kenyataan terbaru Nabila mengesahkan bahawa konflik tersebut kembali meruncing.

Lebih panas, Nabila turut memberi amaran kepada Nourish supaya berhenti melakukan perkara yang boleh terus memburukkan keadaan.

“Satu industri pun tak selesa dengan kehadiran dia,” ujar Nabila tanpa berselindung.

Dalam pada itu, pelakon Munafik ini turut berkongsi perkembangan terkininya apabila bakal muncul menerusi filem aksi Gayong yang dijadualkan tayangannya bermula 8 Mei ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button