fbpx
Nasional

Suami isteri maut ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah

SEPASANG suami isteri maut, manakala cucu perempuan mereka cedera dipercayai ditembak, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Pattani, wilayah selatan Thailand.

Jurucakap Polis Pattani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang (waktu tempatan), pasangan berusia 60 dan 55 tahun itu, bersama cucu mereka berusia 2 tahun 7 bulan, sedang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari pasar.

“Ketika di Kampung Tupat, Mukim Khuan Nori mereka dipercayai ditembak dua individu. Pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak yang merupakan seorang polis yang bertugas di Yala.

Polis sedang menyiasat motif kes tembak tersebut. — BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button