Song Joong Ki nafi bercinta dengan peguam
Agensi pengurusan pelakon Korea Selatan Song Joong-Ki, History D&C menafikan khabar angin mendakwa pelakon itu kini sedang bercinta dengan seorang peguam.
Portal Allkpop melaporkan gosip itu disebarkan menerusi saluran Youtube Hover Lab yang turut mendedahkan identiti peguam tersebut.
“Pihak pengurusan kesal dengan penyebaran khabar angin itu selain bersimpati dengan peguam itu yang terpalit dengan gosip yang sama sekali tidak benar,” katanya.
Menurut History D&C, pihak mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya gosip itu masih lagi diperkatakan.
Peguam terbabit dikatakan terlibat menguruskan kes penceraian Joong-Ki dengan bekas isterinya, Song Hye Kyo.
Joong-Ki dan Hye Kyo bercerai pada Julai tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 31 Oktober 2017. – SM