fbpx
Luar Negara

Pesawat tentera Indonesia terhempas

Sebuah pesawat pejuang Tentera Nasional Indonesia (TNI) jenis Hawk 209 dilaporkan terhempas di kawasan perumahan di Riau, Indonesia hari ini.

Menurut kenyataan TNI, pesawat itu terhempas di kawasan perumahan Mutiara Sialang Indah, Desa Kubang Jaua kira-kira pukul 8.13 pagi waktu Indonesia.

“Juruterbang pesawat itu Apriyanto Ismail dilaporkan terselamat selepas menggunakan kerusi lenting dan kini dirawat di Hospital Dr Soekirman Lanud Pekanbaru,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menurut media tempatan, penghuni dua buah rumah yang rosak teruk tersebut dilaporkan tidak berada di rumah ketika kejadian.

Punca nahas pesawat Hawk 209 buatan Britain yang digunakan TNI sejak 1996 itu masih dalam siasatan. – SM


(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button