Sindiket penipuan kaut RM45,000 sehari, bayar gaji RM12,500 sebulan
SATU sindiket penipuan pelaburan atas talian yang menjadikan rakyat China sebagai sasaran mereka mampu menggajikan pekerja dengan jumlah RM12,500 sebulan.
Sindiket yang beroperasi sejak Ferbruari lalu itu juga dianggarkan mampu mengaut keuntungan sebanyak RM45,000 sehari.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sindiket itu ditahan dalam dua serbuan semalam.
“Serbuan dilakukan di dua buah rumah di Damansara Foresta, Bandar Sri Damansara, kira-kira pukul 12.30 tengah hari hingga 3 petang.
BACA> Wang RM4,000 lesap tak sampai 5 saat
“Kita turut menahan 11 lelaki warganegara asing berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun yang dipercayai bekerja dengan sindiket penipuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Nik Ezanee, siasatan mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti pelaburan ‘bitcoin’ serta pelaburan online dengan menggunakan laman sesawang vip.9199299.com.
Jelasnya, sasaran bagi mangsa sindiket juga adalah mereka yang berada di negara China.
BACA> Editor buku hina Jata Negara lari ke luar negara
“Kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Tambahnya, siasatan lanjut juga sedang dijalankan untuk melihat penglibatan mereka dalam sindiket penipuan yang lain. -SM