Sukan

Al-Ikhsan Sports Perkenal Kempen ‘For Everyday Athletes’, Inspirasi Rakyat Kekal Aktif

Al-Ikhsan Sports, pengedar barangan sukan terbesar negara, terus memperkukuh legasinya dengan pelancaran kempen jenama terbaharu, ‘For Everyday Athletes’. Inisiatif berskala nasional ini meraikan rakyat Malaysia yang gigih menempuh cabaran harian dengan semangat tidak kenal lelah—sama ada di tempat kerja, di rumah, mahupun di tengah kesibukan kota.

Al-Ikhsan Sports Lakar Revolusi Gaya Hidup Aktif Dengan ‘For Everyday Athletes’

Sebagai jenama tempatan yang sudah lebih 30 tahun bertapak dan kini memiliki 187 cawangan fizikal serta tiga platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia, Al-Ikhsan Sports bukan sekadar menjual produk sukan, malah komited membina komuniti aktif dari akar umbi hingga ke pentas antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hishammudin Hasan, “Kami percaya pergerakan mampu mengubah kehidupan—bukan sahaja menyihatkan tubuh, malah mencerdaskan minda serta memberi tenaga dalaman. Kempen ini benar-benar dekat di hati saya kerana Al-Ikhsan sudah lebih tiga dekad menjadi pemacu semangat atlet harian.”

30 Tahun Bersama Rakyat, Al-Ikhsan Lancar Kempen Untuk Atlet Seharian

‘For Everyday Athletes’ bukan sekadar slogan, sebaliknya seruan untuk rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup aktif dan seimbang. Ia menghargai setiap individu yang memilih untuk kekal bergerak walaupun sibuk dengan rutin harian, sekali gus memperkukuh komitmen Al-Ikhsan sebagai jenama rakyat.

Pelancaran kempen ini turut diserikan dengan pembukaan konsep kedai generasi baharu di Elmina Lakeside Mall—cawangan pertama yang tampil dengan rekaan moden, pilihan produk tempatan dan antarabangsa yang lebih pelbagai, serta aktiviti komuniti yang relevan dengan gaya hidup masa kini. Cawangan seumpama ini akan diperluas ke lokasi-lokasi lain seperti AEON Shah Alam, Ipoh Parade, dan Mayang Mall, dengan perancangan menaik taraf kedai sedia ada dari semasa ke semasa.

Antara sorotan utama kempen:

  • Pelancaran Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports (Jun 2025)

  • Ganjaran aktiviti kecergasan untuk gaya hidup aktif

  • Program komuniti bagi menghubungkan rakyat Malaysia melalui sukan

Mengangkat semangat “Produk Kebanggaan Malaysia”, Al-Ikhsan Sports terus komited menjadi rakan setia yang menginspirasi, membina semangat, dan memacu kemajuan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Sertai Pergerakan Ini! Tidak kira di mana anda bermula atau apa matlamat anda, Al-Ikhsan Sports sentiasa di sisi kerana setiap langkah itu bermakna—kita semua adalah ‘Everyday Athletes’.

Ikuti kempen ini di media sosial menerusi #4EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS. Maklumat lanjut di www.al-ikhsan.com atau ikuti @alikhsansports di semua platform media sosial.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button