Lifestyle

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender Permudah Hidup, Lindungi Keluarga

DALAM era moden yang penuh kesibukan, mencari jalan untuk memudahkan rutin harian menjadi keutamaan ramai, terutamanya bagi keluarga Malaysia yang sentiasa mengejar masa. Bagi kebanyakan isi rumah, tugas mencuci pakaian sering kali menjadi cabaran apabila terpaksa menggunakan pelbagai produk seperti detergen, pelembut dan pewangi. Situasi ini bukan sahaja memakan masa, malah membebankan poket dan ruang simpanan.

Neelofa Kongsi Rahsia Mudahkan Kerja Rumah dengan Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender

Menjawab keperluan ini, Daia memperkenalkan inovasi terbaharu mereka, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender – satu penyelesaian pintar yang menggabungkan kuasa pembersihan, pelembut, haruman mewah lavender dan perlindungan antibakteria 99.9% dalam satu produk mudah.

Menurut Pengurus Negara Gentle Supreme Sdn Bhd, Ng Hock Guan, produk baharu ini dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan isi rumah Malaysia yang menginginkan lebih daripada sekadar pakaian bersih.

“Dengan formula 2X Power Clean, Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender mampu menanggalkan kotoran degil dan pada masa yang sama melembutkan serta memberikan haruman segar lavender yang tahan lama. Tak perlu lagi pelembut atau pewangi tambahan. Perlindungan antibakteria 99.9% juga memastikan pakaian kekal bersih walaupun dijemur di dalam rumah,” katanya.

Lebih istimewa, pelancaran produk ini turut mendapat sentuhan selebriti terkenal dan usahawan berjaya, Neelofa yang kini dilantik sebagai Duta Jenama Daia. Bagi Neelofa, produk ini benar-benar mengubah rutin mencuci pakaian dalam keluarganya.

“Sebagai ibu dan wanita bekerjaya, saya mahukan sesuatu yang boleh mudahkan kerja rumah tanpa kompromi pada kualiti. Dengan Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender, saya tak perlu lagi detergen, pelembut atau pewangi asing. Pakaian bersih, lembut, wangi dan terlindung daripada bakteria. Sangat menjimatkan masa dan tenaga,” kata Neelofa.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama para peminat dalam satu sesi khas selepas pelancaran produk.

Produk Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender menggunakan Teknologi Smart ION™, memastikan kotoran tidak melekat semula pada pakaian, membolehkan cucian lebih bersih tanpa perlu merendam atau memberus. Formulanya juga lembut pada tangan dan fabrik.

Daia 3-dalam-1 Softergent Lavender kini boleh didapati di pasaran seluruh negara dalam format cecair dan serbuk. Harga cadangan bagi detergen cecair ialah RM26.90 untuk botol 3.6kg dan RM11.90 untuk pek lembut 1.5kg. Detergen serbuk pula dijual pada harga RM15.90 untuk pek 2.1kg.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Daia atau kunjungi pasar raya berdekatan anda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button