Nasional

Wang RM4,000 lesap tak sampai 5 saat

SEORANG lelaki rugi RM4,000 dalam satu kejadian samun di Jalan Puteri 2/7, Bandar Puteri Puchong, Selangor pada 13 Julai lalu.

Video lelaki tersebut disamun tular di laman sosial dan kejadian itu berlaku tidak sampai 5 saat pun.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mangsa ialah seorang peguam wanita berusia lingkungan 50an.

“Suspek, seorang lelaki tempatan telah menaiki motosikal dan berhenti di belakang kereta mangsa.

BACA> Editor buku hina Jata Negara lari ke luar negara

“Suspek kemudian telah bertindak membuka bonet kereta tersebut dan membawa lari beg berisi wang tunai RM4,000 berserta dokumen milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismadi, mangsa juga gagal mengecam suspek yang telah melarikan diri sebuah motosikal jenis Yamaha berwarna hitam.

Jelasnya, terdapat orang awam yang cuba mengejar suspek juga gagal.

BACA> Sengaja buang kulit durian lebih 6 tan di tepi jalan: Lima lelaki dikesan

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengesan dan menangkap suspek. -SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button