fbpx
Rencana

Siapa tiga orang akan tentukan Belanjawan 2021, lulus atau tidak?

Analisis

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) kini sedang melalui situasi kritikal apabila kurang 24 jam pengundian terhadap Belanjawan 2021 akan dilakukan oleh Ahli Parlimen.

Malah ada yang menjangkakan 24 jam ini adalah tempoh baki hayat Kerajaan PN sebelum ditentukan nasibnya esok.

Esok dijangkakan berlangsung pengundian Belanjawan 2021 dan melihat adakah cadangan-cadangan yang dikemukakan parti penyokong PN dilaksanakan.

Persoalan sedemikian timbul apabila, pertama kali dalam sejarah negara teka-teki terhadap Belanjawan 2021 ini timbul dan melibatkan titah Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana kedudukan dan komposisi Ahli Parlimen berdasarkan parti politik adalah cukup kritikal dalam memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Walau bagaimanapun, pada kedudukan sekarang, Kerajaan PN kelihatan mempunyai sokongan yang cukup untuk menyokong Muhyiddin dan kabinetnya.

Iaitu, dengan sokongan 42 orang Ahli Parlimen BN, 18 daripada Pas, parti dari Sarawak, 18, Sabah (3) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sendiri 31.

Jumlah keseluruhan sokongan yang dimiliki Kerajaan PN kini adalah 112 termasuk kekosongan kerusi Parlimen Gerik selepas penyandangnya Allahyarham Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia baru-baru ini.

Berbanding pembangkang yang memiliki 108 kerusi keseluruhan selepas mengambil kira kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi.

Itu tidak menjadi masalah, kerana isu sebenarnya adalah bagaimana terjemahan sokongan Ahli Parlimen BN nanti.

Ini kerana, Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah sebelum ini menyatakan tidak mahu mengambil bahagian dalam perbahasan bajet.

Ini bermakna kemungkinan beliau tidak akan menyokong Belanjawan 2021 dan PN sudah tinggal 111 undi yang diharapkan diperoleh untuk belanjawan esok.

Jika itu benar, maka beza antara Kerajaan PN dengan pembangkang sekarang cuma tiga orang Ahli Parlimen sahaja.

Kalau hendak mengharapkan 20 orang anggota BN dalam Kabinet untuk menyokong Belanjawan 2021 sememangnya tidak cukup.

Jika diteliti sejak awal perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2021 terdapat beberapa pemimpin BN mungkin cenderung menolak belanjawan dan jumlahnya cukup tiga orang.

Kalau lebih ramai, lagi teruklah nasib Belanjawan 2021, kerana usul dasar parti adalah membawa suara rakyat berhubung pengeluaran one-off RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lanjutan moratorium pinjaman automatik.

Apabila kurang tiga daripada mana-mana Ahli Parlimen pun di pihak kerajaan, maka gagallah Belanjawan 2021 dan kemungkinan usul percaya dan tidak percaya kepada Perdana Menteri dibangkitkan.

Tujuh orang Senator yang dilantik sebagai Menteri dan Timbalan berada dalam Dewan Rakyat pula tak boleh mengundi termasuklah Menteri Kewangan sendiri. Tunggulah nanti. – SM

(Visited 80 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button